menu

Wednesday, 6 February 2013

2nd GA - KAIN PASANG

ASSALAMUALAIKUM...

Hi olls!!

Jom bersegmen.. Kali ni adiah yg dtawarkan mmg best! Kain pasang a.k.a kain ela *xde kne mengena ngn Ella, ok.. hahahha*
Kalo dpt, leh trus anta kat tailor..
Padankan ngan tudung purple..
Wah, cam kompem je menang.. Hehehe..



Pilih je nk buat baju ape..
~ Baju Kebaya
~ Kebarung
~ Baju kurung
~ Pesak gantung
~ Kurung Moden
Semmmua buleh..
Kot nk kelainan, tempah la baju melayu.. Hahahahha..
Ok, yg tu mmg x disarankan yer..

GA ni dianjurkan oleh Puan Intan, wife kpd En Firdaus..
Murah hati sungguh beliau :)

Syarat2 senang jer..
  1. Copy gambar ini dan pastikan gambar ini anda backlink
  2. Follow blog beliau
  3. Buat simple entry dengan tajuk di atas
  4. Tinggalkan link entry di komen
Hadiah:
1) Kain Pasang
2) Satu hadiah misteri
 
TARIKH TAMAT GA : 22 FEB 2013 (JUMAAT), JAM 11.00 MALAM
 
Juri jemputan: Asben beliau

So sesape yg bminat, leh la join skli yer..
Tiada kos bahan api dperlukan.. Ngeh3..

*bertuahnye badan, lebarnye senyuman kalo TERPILIH JADI PEMENANG..
X dpt kain pasang, adiah misteri pn jadi la..
Muahahaha...

WW : Uji minda :)

ASSALAMUALAIKUM...

Simple question..
Ce teka :)

uji minda anda :)
sumber: majalah ape nth

Actually, jawapan dah ade kt bwh tu..
So no need to berkerut2 dok pk jwpn.. Hahahaha

Have Fun!!

Tuesday, 5 February 2013

Diskaun Tol sempena CNY

ASSALAMUALAIKUM...

mOrning!!!
Pagi yg mendung..
Keadaan yg sgt best kalo dpt tido..
Hoho...

Good news utk pengguna lebuhraya..
Sempena CNY yg bakal menjelma hujung mggu ni, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) tawarkan rebate & diskaun tol di 24 lebuhraya..

PLUS, Elite, SPDH, Linkedua & BKE tawarkan diskaun utk pengguna kelas 1 pada..

7 & 15 Februari 2013
kadar diskaun 20%

10 Februari 2013
kadar diskaun 30%


 kadar diskaun sempena CNY 2013

Mmg good news la utk org2 yg nak balik kampung cam kami ni :)
Anyway, pandu cermat jiwa selamat
Biar lambat asal selamat
Xkan lari kampung dikejar..
Hehehhe...


*cam sronok je rs nk blk Kelantan.. Mau jalan2.. Weeeee (^-^) v

Monday, 4 February 2013

Sijil & Kad Nikah kAmi!!

ASSALAMUALAIKUM..

Hello!!
Permulaan minggu yg ceria ke??
Tepuk dada, tanya hati, k..

Actually x tau nk citer pasal ape..
Alang2 ngah ketandusan idea nih, terus ler muncul mentol kat atas kepala nih..
Kite cite pasal tajuk kat ats tu yer..

Finally...
Tadaaaaa...

kad nikah n9

Ni la kad nikah kami..
Stelah 6 bulan ++ nikah, baru Jumaat lepas kami amik sijil & kadnye..
Heheheh..
Tp rekod bersih, hokey..
Xpernah kantoi or wateva :)

Slame ni dok jeles tgk kad nikah org len..
Tp bile dh ada sendiri punye, terasa la cam nk menjeleskan org lain lak..
Buruk punye perangai..
Hahaha..

Kla, xde ape nk taip dh..
C u soon
Daa...

Thursday, 31 January 2013

pEnat but serOnOk :)

ASSALAMUALAIKUM...

mOrning ollsss!!
Smoga hEpy slalu yer, hadapi hari mendatang :)

Rasenye dh lame sgt aizu menyepi..
Last n3 Jumaat lepas kalo x silap..
Menghilang hampir sminggu!!
Huhu..

Actually baru arini aizu masuk keje
Bercuti kat LANGKAWI wit my hubby :)
From 27 - 30 January 2013
Percutian yg sangat2 happening
But agak 'pening' bile duit mencurah2 kua..
Bkn mengalir lagi, tp mencurah2, hokeyy..
Huhu..

Today masuk keje, badan sakit2
Punca??
Naik bOt ms pi ISLAND HOPPING + mengangkut barang yg banyak-x-hengat
Mase bejalan mmg sronotttt jer..
Penat ke hape smue tolak tepi..
Mase menyoping pn same
Kat airport baru la dok pening kepala nk ejas luggage
Huhu...

N3 pasal ni nnt aizu share yer..
Insyaallah..
So juz wait & c jela
Coz x tau bile masenye baru ter'hapdet benda ni
BANDUNG trip aritu pun x setel lg.. Hahahah
Malas tahap cipan betuii..

Kla, till da next n3..
Daaaa....

Friday, 25 January 2013

Biodata RASULULLAH s.a.w

ASSALAMUALAIKUM

Salam  Jumaat semua..
Mgkn skrg ni, masih terngiang-ngiang lagi alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yg telinga kite ni kan..
Smoga bibir kite sentiasa dibasahi zikir, selawat & salam ke atas baginda..

Sempena Maulidur Rasul yg disambut semalam, arini aizu nk share sedikit info mengenai Rasulullah s.a.w..
Mgkn boleh dijadikan rujukan @ refresh smula ingatan kite terhadap baginda..

sumber dipetik dr: FB Adam Hawa

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)

3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

p/s: hope pasni lebih ramai yg tau siapa 2 org ibu susuan Rasulullah s.a.w..
Kebetulan mlm td aizu dgr radio, DJ buat kuiz pasal Rasulullah..
Hampir 5 org peserta, baru berjaya memberi jawapan yg betul..
~ Halimatus Sa'adiah & Thuwaibah ~

Smoga biodata mengenai baginda akan tambahkan kecintaan kita terhadap baginda..

Wednesday, 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul

ASSALAMUALAIKUM...

Hi kawan2..

Salam Maulidur Rasul 1434h buat semua..

Tingkatkan amalan..
Perbanyakkan selawat..


salam Maulidur Rasul 1434h



selawat