menu

Friday, 22 February 2013

Kisah Syaitan Mengajar Abu Hurairah Ayat Kursi

ASSALAMUALAIKUM...

Abu Hurairah telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w utk menjaga gudang makanan. Pada hari pertama, seorang pencuri telah masuk ke gudang tersebut, lalu mencuri makanan. Pencuri itu adalah syaitan, yang menjelma sebagai manusia. Abu Hurairah berjaya menangkapnya. Akan tetapi, pencuri tersebut merayu kepadanya. Dia mengatakan hidupnya susah & mempunyai tanggungan yang ramai. Mendengar rayuan tersebut, Abu Hurairah melepaskan pencuri itu pergi.

Pada keesokan harinya, pencuri itu datang lagi. Seperti semalam, Abu Hurairah menangkap lagi pencuri tersebut. Pencuri itu merayu lagi, dengan memberikan alasan yang sama. Atas dasar kasihan, Abu Hurairah melepaskan pencuri itu pergi.

Pada hari ketiga, kejadian yang sama berulang lagi. Abu Hurairah bernekad utk tidak melepaskan lagi pencuri tersebut. Lalu dia menangkapnya, dgn niat mahu menyerahkannya kepada Rasulullah s.a.w. Si pencuri kemudiannya merayu agar dilepakan. Dia berjanji akan mengajar Abu Hurairah beberapa ayat yang amat berguna, iaitu AYAT KURSI. Menurutnya, ALLAH akan sentiasa melindungi orang yg membaca ayat tersebut & tidak ada syaitan yang akan mengganggunya. Setelah mendengar penjelasan tersebut, Abu Hurairah melepaskan pencuri itu pergi.

Keesokannya, Abu Hurairah menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w. Baginda kemudian berkata bahawa pencuri itu berkata benar, walaupun sebenarnya dia berdusta. Pencuri itu adalah syaitan yang dilaknat.


Berdasarkan kisah di atas, terbuktilah betapa pentingnya kita membaca AYAT KURSI.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Barang siapa  membaca AYAT KURSI setiap kali selepas solat fardhu, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya memasuki syurga  (telah cukup syarat masuk ke syurga) melainkan dia mati (terlebih dahulu)"
*kisah ni aizu dengar dlm ceramah agama beberapa hari lepas.

2 comments:

  1. banyak fadilatnya bila membaca ayat kursi nie...kan..?

    ReplyDelete
  2. pertama kali kak zu dengar cerita ini..

    ayat kursi ni mmg selalu jadi bcaan harian kak zu..

    ReplyDelete

tQ ya.. laen kali kOmen lagi :)