menu

Showing posts with label dori bercili. Show all posts
Showing posts with label dori bercili. Show all posts

Monday, 13 January 2014

jOm mAsak - Ikan dOri bercili

ASSALAMUALAIKUM...

Salam sejahtera buat semua..
Bagi umat Islam, aizu ucapkan SALAM MAULIDURRASUL, yg bakal tiba esok..
Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ye..
Tanda ingatan buat baginda Rasulullah yg besar sumbangannya dlm menyebarkan agama Islam..
Syafaat baginda amat2 kita perlukan di akhirat kelak :)

Berbalik pd tajuk..
JOM MASAK...
Rasanya dh berkurun kot, aizu x share pe2 resepi kat cni..
X share x bermakna dapur kat umah tu x berasap yer kawan2.. Salah tu.. Hehehhe..
Aktiviti kat dapur still lagi bjalan cam biasa.. Tinggal lagi malas nk menghapdet je..
Lgpn balik2 masak bende yg same je.. Huhuhu..

Lets CUT the story..
Jom tgk resepi :)

IKAN DORI BERCILI
nama pun main hentam je.. hahaha



Ikan Dori Bercili Ala Hotel



Bahan A
  • 2 slice ikan dori - aizu beli kat Aeon Big, 1kg RM4.90
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu tepung beras
  • sedikit perahan lemon - hilangkan bau ikan


    Step-by-step (BAHAN A)
    1. Bersihkan ikan dori, potong dadu atau ikut kesesuaian. Gaulkan isi ikan dgn serbuk kunyit + garam + perahan lemon, ketepikan.
    2. Ambil bekas lain, campurkan ketiga2 tepung.
    3. Panaskan minyak, celup isi ikan ke dalam campuran tepung. Goreng hingga kekuningan, toskan.

      *kat bwh ni aizu attach rupa asal ikan & yg siap digoreng*


Bahan B
  • Cili giling
  • Bawang putih - cincang halus
  • Bawang merah
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • Halia  - dihiris
  • Garam
  • Perahan lemon

Step-by-step (BAHAN B)
  1. Kurangkan minyak menggoreng tadi. Tumis bawang putih + hirisan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan cili giling, garam, dan 3 jenis sos.
  3. Campurkan perahan lemon
  4. Lastly, masukkan bawang merah yg dihiris.
  5. Boleh juga tambahkan air jika kuah terlalu pekat
  6. Siap!!


    Alhamdulillah, menjadikkk.. Walaupun 1st time wat.. Hehhehe...