ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdulillah, aku masih bernafas & dpinjamkan nikmat dr ALLAH pd saat ini..
Mlm td adalah mlm nisfu syaaban.. Kat bwh ni sedikit info mengenai NISFU SYAABAN utk pengetahuan kwn2.. Smoga info yg ade ni beri manfaat pd kite smue. Insyaallah..
Pengertian am
Nisfu Syaaban dalam
bahasa Arab bererti
setengah.
Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam
Nisfu Syaaban adalah
malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu
Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
"Rasulullah
telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda
dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda
berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda
selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki."
Dalil
Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata: "Apabila tiba malam
Nisfu Syaaban,
malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam
Nisfu Syaaban."
Sumber: WIKIPEDIA
Amalan pd malam
NISFU SYAABAN
- Membaca yasin sebanyak 3 kali, yakni slepas solat maghrib.
- Yasin pertama - mOhon dipanjangkn usia & terus taat kpd ALLAH
- Yasin kedua - mOhon dikurniakan keluasan rezki (halal)
- Yasin ketiga - mOhon ditetapkan iman dlm hati & mati dlm iman...
Perbanyakkan amalan, zikir & doa kpd ALLAH.. Insyaallah doa2 kita akan sampai kepada-Nya & dimakbulkan...
sumber: shafiqolbu
No comments:
Post a Comment
tQ ya.. laen kali kOmen lagi :)