menu

Monday, 28 July 2014

Salam 0-0

*sticky note hari raya*

ASSALAMUALAIKUM...

27 RAMADHAN 1435h
Salam Jumaat buat semua.. Jumaat terakhir bg RAMADHAN kali ni.. Rs cpt je masa berlalu. RAMADHAN bakal meninggalkan kita :')

Sempena SYAWAL yg bakal tibe *beberapa hari je lagi* aizu menyusun 10 jari memohon keampunan atas kesilapan & kekhilafan diri ini pd kalian.. Sama ada secara langsung atau tidak.. Kadangkala kita sendiri x sedar dgn tindak-tanduk & bahasa yg dituturkan telah mengguris hati insan lain.. Nak2 bile jari pantas menaip. Segala yg terlintas semuanya dizahirkan melalui keyboard.. Maafkan saya ye kalian...




Btw, aizu nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN buat semua. Smoga ukhwah yg terjalin berkekalan selamanya.. Walaupun masing2 hanya berdepan dgn pc/lappy/fon masing2.. Zaman dah canggih.. Semuanya serba moden.. Biarpun x berkenalan secara zahirnya, tp kita tetap dpt berkawan.. Kawan alam maya :)

1 peringatan buat semua *terutamanya buat diri sendiri*: Jgn menyalahgunakan media elektronik yg kita ada utk melaga2kan org lain.. Mengutuk.. Mencemuh.. Menyebarkan fitnah.. Or bergelar 'KEYBOARD WARRIOR' yg sentiasa mencari kesalahan org lain.. Ingat balik niat asal kita berblogging.. Hanya utk menambah kenalan & berkongsi idea yg dpt berikan manfaat buat pembaca di luar sana :)

Harini last day aizu bkerja.. Aizu amek cuti 3 hari je.. Tp bile campur semua, direct cuti seminggu mggu dpn. Hehehhe.. Sedang elok je hari raya jatuh ari isnin ek?? Secara x langsung kita dpt cuti ari selasa.. Jimat dah 2 ari. I loiikeee (^_^)

Insyaallah ptg kang pas keje, kami akan gerak ke umah mak.. Yaaa... Thn ni turn beraya kat umah parents aizu. Indahnyaaaaa.. Hehehhe.. Tp insyaallah raya ketiga nnt kami akan gerak ke Kelantan.. Umah FIL kat Pasir Mas nun.. Hopefully segala yg dirancang akan berjalan dgn lancar.. Yg pntg, segalanya dipermudahkan & dilindungi ALLAH dpd segala bentuk bencana. Aaamiinnn...

Soalan buat pembaca:

1. Kawan2 balik mana?? Turn sape thn ni?? Jgn ngelat ye.. Gilir2.. X salah utk bertolak-ansur.. So sgt2 FAIR & SQUARE :D
2. Cuti bp lama?? Seminggu?? Ke lebih...
3. Dah setel ke semua preparation utk menyambut lebaran.. Tema tahun ni???
4. Tukar langsir x??? Hehhehe
5. Duit raya dah prepare?? Bp byk peruntukan utk DUIT RAYA & KUIH RAYA??

Ok, utk soalan2 tu, kt bwh ni jwpn aizu.. Sendiri soal, sendiri jawab.. Gitu le gamaknya bile 'bersembang' dgn pc. Hahhaha..

1. Blk dua2.. Opps, 3 sebenarnya.. Sbb 1st blk umah mak kat SENAWANG, lepas solat raya, gerak ke kampung kat MUAR.. Lastly raya ketiga blk PASIR MAS..
2. Cuti 3 ari je.. Tp jd direct sminggu...
3. Buat ms ni baju semua dh setel.. Tinggal nk cari tudung/shawl je.. Tema: PEACH keoren-orenan
4. Insyaallah tukar walaupun lom sempat nk pasang.. Beli je...Sbb x sempat menempah & x reti menjahit :P
5. DUIT & KUIH RAYA x setel lagi. Uuwaaaa.. Yg ada cume SAMPUL DUIT RAYA je..

Kla, tu je..
Selamat bercuti, selamat balik kampung, selamat bergumbira, selamat memandu, pendek kate: SELAMAT SEMUANYA!!!



Insyaallah pas cuti raya, kite kembali aktif ye (^-^,)v

SALAM LEBARAN
Salam kosong-kosong

Nota kaki:
Tetibe teringat ASTRO bila sebut pasal kosong-kosong.. Semuanya gara2 channel2 yg diambik sblm ni tetibe unsubscribe.. Bile call, diorg kata ada OUTSTANDING RM12!! Diulangi, DOBLAS HENGGET!!
Urgghhh!! Sakit pulak ati kite >_<!

Friday, 25 July 2014

Segmen Topup Raya by Dunia Zumal

ASSALAMUALAIKUM..

Bismillahirrahmanirrahim..
Hujung2 RAMADHAN ni aizu nk join segmen ni.. Kot la ade rezki.. Dpt topup free. Hehehhe...


Klik banner utk join :)

Tp kene berpuisi la pulak.. Kite bkn la puitis orgnya. Hahaha...
No choice.. Sbb mmg syarat tuan punya segmenkan?? So kena la ikut..

Kite try k.. Hehehhe...

PANTUN RAYA

Bam-bam-bum bunyi mercun
Tu tanda raya dah dekat..
Persiapan raya memang dah cun
Tup-tup baru teringat: "Alamak... zakat..."
*pi bayar cpt!*

Sambut raya ikut giliran
Adatlah tu, suami isteri
Kunjung-mengunjung sesama jiran
Kenyangnya perut tak terperi

Dendang Perantau lagu P.Ramli
Dengar kat radio, berjurai airmata
Insafi diri, kesalahan dikesali
Bermaaf-maafanlah sesama kita

Lemang, ketupat dan juga rendang
Menu wajib di pagi raya
Lagu raya mula berkumandang
Saya ucapkan: SELAMAT HARI RAYA

Ok, setel..
Hopefully pantun ni pun dikira PUISI gak la.. Hehehe..
Mudah2an ada rezki TOPUP RAYA :)

Jom join ramai2

Thursday, 24 July 2014

ww: Tolong PUTARKAN AZAN

ASSALAMUALAIKUM...

Detik2 terakhir RAMADHAN.. Hihihi...

Bawak2 bersabar ye kwn2..
X lama dah.. Start nex wik dh blh makan waktu siang..
Xde larangan :D


Jgn sesekali buat permintaan camni tau...
Malu!!!
Hahahah...

Nota kaki:
Manfaatkan sisa2 RAMADHAN dgn ibadah..

Tadarus & Khatam AL QURAN

ASSALAMUALAIKUM..

26 RAMADHAN 1435h

Alhamdulillah... Tahun ni pun aizu masih lg diberi kesempatan utk bertadarus & khatam Al Quran kat opis..
Majlis diadakan lebih kurang 4 jam pada hari Khamis lepas, 19 RAMADHAN 1435h.. Mula lebih kurang jam 9.00 pagi..

Kami dibahagikan kpd 10 kumpulan, di mana setiap 1 kumpulan perlu menghabiskan 3 juzuk.. Sorg ustazah ditempatkan di setiap kumpulan sbg pembimbing. And finally, alhamdulillah.. Tepat jam 1 petang semuanya berakhir :)

Majlis Tadarus Al Quran

Divided by group

Juzuk 10-12

Cenderamata

Yaasin
Mudah2an ALLAH berikan kesempatan buat kita utk tahun2 akan dtg :')

Wednesday, 23 July 2014

ww: PUASA vs RAYA

ASSALAMUALAIKUM...

25 RAMADHAN 1435h

Realiti kehidupan??
Hehhehe...

Nak PUASA:
Seboleh2nya nak lambat...

Tapi nak RAYA:
x menyempat-nyempat



Nota kaki:
Hargailah RAMADHAN.. Bulan penuh berkat yg menjanjikan pahala bg yg benar2 ikhlas beribadah

Tuesday, 22 July 2014

KAD RAYA dah POS!!

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. Selesai dah SEGMEN KAD RAYA BERSAMA AIZU..
1st time aizu buat thn ni.. Penyertaan lebih kurang 2x ganda hadiah yg ditawarkan. Suke3! ^-^,

Rupenye bile anjurkan segmen cenggini or lebih tepatnya GA, mmg best.. Salah satunya dpt tambahkn kenalan.. Rata2 agak ramah & suke berkunjung rumah ke rumah. Hehhehe...

Tp sori sgt2 coz x semua rumah yg aizu blh kunjungi kat opis ni.. Ada sesetengahnya di-BLOCKED oleh MAMPU.. May be tuan rumah ada tukar setting kat rumah diorg kot.. So dgn masa yg agak terhad di rumah, x byk la yg aizu blh balas kunjungan.. Sori ye kawan2 -_-'

Ok, stop bermukadimah.. Ekceli post kali ni cume nk gtau yg KAD-KAD RAYA korg dah dipos semalam.. Hopefully berjaya la sampai b4 raya ni yek.. Huhuhu.. So skrg ni juz perlu ngintai abg posmen jela.. Heheheh..

Unfortunately....
Tiada maklumbalas yg diterima walaupun jam dah menginjak ke angka 6.00 pm.. Secara otomatiknya, aizu TUTUP segmen tu & pemenang yg x melaporkan diri dianggap TERBATAL... Bkn kedekut or berkira.. Tp kekangan masa disamping payah nk menapak ke post opis tu yg jd masalahnya... Smlm pun aizu pos kad2 tu kat JUSCO TMN EQUINE.. Kat ALAMANDA post opisnye dh tutup..   

Lupakan kekesalan.... Ni ada sedikit pesanan penaja buat penerima kad2 tu...

"Peringatan awal utk setiap penerima: MINTAK MAHAP SESANGAT LA YER KOT ADA YG TERSAKIT JANTUNG OR TERSESAK NAPAS BILA MENATAP TULISAN CANTIK KAT KAD TU NANTI YER. Hahahha.. "

Kla, SALAM LEBARAN buat semua..
TQ3 atas kerjasama & kesudian u olls meng-join-kan diri dlm segmen ni..
Insyaallah ada rezki, aizu buat GA lg yer..
Trimas!

Monday, 21 July 2014

REMINDER utk PEMENANG

ASSALAMUALAIKUM..

Morning peeps!!

Juz short n3..




Setakat ni Aizu cume dpt separuh je feedback (nama & alamat) dpd para pemenang bertuah..
 Tq diucapkan atas kerjasama korg :)

Berikut adalah pemenang yg belum lagi melaporkan diri setakat jam 10.15am 1.19pm 3.29pm 4.37pm:
  1. 29 - Amy J: http://amysigadisweird.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
  2. 20 - rohayati ramli: http://toogleads-bizrm10.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
  3. 2 -  Cikdelima merah: http://cikdelimamerah.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
  4. 5 - Mar Mansor: http://jnjikita.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
  5. 6 - mawar berduri: http://mawarberduri4147.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
  6. 27 - Suziana Ahmad: http://suzanne1279.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
So aizu harap sangat2 u ollss yg terlibat ni lapor diri dlm kadar SEGERA bg memudahkan urusan penghantaran kad raya.. Last pukul 4.00 pm ni ye.. Diulangi: 4.00 PM TODAY, 21 JULY 2014.


nota kaki: If tiada sebarang maklumbalas dpd anda, PENGHANTARAN AKAN DIBATALKAN.
Tq 

Friday, 18 July 2014

KEPUTUSAN pemenang SEGMEN KAD RAYA BERSAMA AIZU

ASSALAMUALAIKUM...

Slamat pagi!!
Lupakan sebentar kesedihan kita tentang apa yg menimpa pesawat MH17...

Seperti yg dijanjikan, 18 JULAI 2014 bersamaan 20 RAMADHAN 1435h aizu akan umumkan pemenang SEGMEN KAD RAYA BERSAMA AIZU.. And now masanya dah tiba..
Keputusan dibuat menggunakan RANDOM.ORG



So blh cek nama masing2 ye.. 18 cabutan dah dibuat.. Tp top 3 aizu x umum kat cni.. Juz tggu kad raya masing2 k.. And cek whether KAD RAYA tu disertakan DUIT RAYA or x.. Hihihi.. Insyaallah nnt b4 raya, aizu akan bgtau sape pemenang yg 3 org tu :) 

Senarai cabutan:
  1. 29
  2. 1
  3. 20
  4. 6
  5. 24
  6. 2
  7. 18
  8. 19
  9. 21
  10. 5
  11. 30
  12. 13
  13. 4
  14. 27
  15. 23
  16. 3
  17. 25
  18. 26
So blh refer no masing2 kat LIST ni..

TAHNIAH pada yg bertuah.. Pd yg x terpilih tu, mintak maaf banyak2 ye.. Sbb aizu guna RANDOM.org.. Salahkan beliau! Hahahah...

Btw, thanx a lot pada semua yg sudi join. TQ sgt2 ye.. Smoga ukhwah yg terjalin ni berkekalan selamanya... Insyaallah..


niota kaki:
MOHON PARA PEMENANG YANG TERSENARAI EMAILKAN (aidazuriana@gmail.com)NAMA PENUH, BLOG & ALAMAT LENGKAP PD AIZU SELEWAT-LEWATNYA ESOK, 19 JULAI 2014 SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI
Kerjasama anda amat diharapkan bagi memudahkan proses pengeposan...
tQ!!

*sekiranya tiada maklumbalas diterima sehingga tempoh yg dinyatakan, cabutan baru akan dibuat.. tQ

#Pray4MH17

ASSALAMUALAIKUM..

20 RAMADHAN 1435h
Salam Jumaat...



Allahurabbi...
Sedih rasa hati bila tau pasal ni..
Sekali lagi MALAYSIA diduga dgn tragedi melibatkan pesawat MAS..
Belum lg selesai kes MH370, muncul pula kes MH17
Besar dugaan kita..

Saat dunia gempar mengenai peperangan yg menimpa bumi PALESTIN, MALAYSIA turut menjadi mangsa..
Apa cerita di sebalik kejadian ni, wallahu'alam..
X semena-mena pesawat kita dibedil.. Ukraine menafikan, Russia pula masih x beri apa2 maklumbalas..
Melainkan mengatur perbincangan 2 hala dgn Obama.. #kenapa bukan Pm Najib????

Keadaan di SABAH juga semakin meruncing.. Bahagian Pertahanan sedang giat diperkukuh bagi menghalang pencerobohan berlaku sekali lagi.. Allahuakbar.. Hebatnya dugaan yg Engkau berikan kepada kami..
Doaku cuma 1: Mohon agar segalanya dipermudahkan & kita semua berada dlm lindungan-Nya.. Terhindar dpd segala musibah.. Dan semoga MALAYSIA kekal AMAN & tak lagi dihujani perkara2 yg menyesakkan.. Aamiinn..

Salam takziah buat keluarga anak kapal & penumpang2 pesawat MH17..
Al fatihah...


Thursday, 17 July 2014

Peserta SEGMEN KAD RAYA BERSAMA AIZU

ASSALAMUALAIKUM...

19 RAMADHAN 1435h

tQ.. tQ.. tQ atas penyertaan kalian dlm SEGMEN KAD RAYA BERSAMA AIZU
Today is da last day!!
So sesapa yg berminat nak join, amat dialu2kan...
Segmen ni akan DITUTUP hari ini, 17 JULAI 2014 bersamaan 19 RAMADHAN 1435h pada jam 4.00 petang..


Kat bwh ni aizu letak senarai peserta k..
  1. BaNu Syah: http://sahbanu-mulaan.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
  2. Cikdelima merah: http://cikdelimamerah.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
  3. nor nazliana: http://adna2029.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
  4. Kakzakie: http://zakiepurvit.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
  5. Mar Mansor: http://jnjikita.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
  6. mawar berduri: http://mawarberduri4147.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
  7. Sarah Talib: http://sarahtalib33.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
  8. Nor Azimah: http://srikandiofficialblog.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
  9. Syuhada Salleh: http://www.syuhadasalleh.my/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
  10. Nurashikin ZA a.k.a NAZECK: http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
  11. sYiRa LoKMaN:
  12. shalimar yusof: http://notashalimar.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html
Senarai ni setakat jam 2.36pm... Masih berbaki beberapa jam lagi..


Klik banner utk turut serta

Insyaallah by tomorrow, aizu umum pemenang yer..

tQ pd kawan2 yg sudi join.. Syg korg!! ^-^,

Segmen KAD RAYA BERSAMA AIZU

ASSALAMUALAIKUM...

Hi olls!!!
Salam Ramadhan buat semua..

Memandangkan ramai rakan2 blogger yg berlumba-lumba anjurkan segmen KAD RAYA, makanya aizu pun rasa cm 'terbuka hati & perasaan' nak buat .. Hahahah..
Tujuannya: nak eratkan silaturrahim sesama kita..
Yelah kan.. Selama ni asik berhubung on9 je.. So kita maju setapak lagi.. Tp berbalik pada tradisi dulu2, sebelum zaman gajet2 canggih skrg ni...

Ni kali ke 2 aizu buat GA stelah sekian lama..



Syarat dia mudah je..
  1. Follow blog NI.. Kalo dh follow, tQ diucapkan ^-^,   <<< JUJUR tau >>>
  2. Mestilah ada blog.. Senang aizu nk tinggal jejak
  3. Buat n3 bertajuk "Segmen KAD RAYA BERSAMA AIZU".. Jgn lupe taruk pic atas tu skali tau..
  4. Ajak kawan2 join.. Lagi ramai lg baik.. :D
  5. Done semua, tinggalkan LINK korg kat bahagian komen yer..
  6. Ok, tu aje.. Hehehhe..
Hadiah:
  • Disebabkan ni tema RAYA, so pemenangnya akan dpt KAD RAYA dpd aizu.. Segala design or paras rupe kad tersebut bergantung pd pilihan aizu ok.. Hehhe..
  • Jumlah penyertaan x dihadkan.. Tp hanya 15 org bertuah jer yg akan dpt KAD RAYA.. 3 pemenang utama akan terima KAD RAYA + DUIT RAYA
  • Tarikh tutup penyertaan KHAMIS, 17 JULAI 2014 bersamaan 19 RAMADHAN 1435h
  • Insyaallah kad2 tu akan dipos pada hari JUMAAT tu sbb masa pun dah suntuk..
Trimas!!!

nota kaki:
SEGMEN NI AKAN TERBATAL DENGAN SENDIRINYA ANDAI TIADA PENYERTAAN..
hehehe..

Wednesday, 16 July 2014

ww: Kartun RAMADHAN (12-18)

ASSALAMUALAIKUM..

18 RAMADHAN 1435h..

Rabu dtg lagi.. So cam bese, kite share lg pic2 kartun RAMADHAN yg comel2 tu :)














Monday, 14 July 2014

GCM.. here we come!!

ASSALAMUALAIKUM...

<< n3 ini ditaip dgn penuh ke-hepy-an & keterujaan >>




Tik.. tok.. tik.. tok...
Jam terus berdetik.. Maknanya masanya kian tiba.. Yiihaaaa..

X sabar rasanya.. Can't wait. Hihihi...
Beberapa jam lg aizu n mr sOuLmate nk ke GCM..

Ha???
Hapekebendenye???

Ok2, kite explain...
GCM = GOLD COAST MORIB..
Kalo nk tau asal-usul citer ni, leh klik kat SINI.. Sbb malas pulak rasenye kite nk menaip panjang2..
Maklum le org ngah terujakan... Mmg le camtu..
Ikutkan ati, dpd pagi td kite dh tercongok kat gate GCM tuh.. Hahhaha..
Tp x boleh.. Sbb arini i ollss keje.. Lgpn blh check-in start kul3 pm..

Nak pegi GOLD COAST ostrolia sane tuh cam x bp nk mampu.. Dpt g GOLD COAST MORIB pun kire ok dah.. Asalkan bercuti.. Hahahah..
Tp bile pk blk, dlm negara pn dh teruja bebeno..
Kot yg luar negara tuh ntah caner agaknya.. Maunye i olls lompat bintang since book tiket..
Ok, tipu.. I olls stil ada rasa segan & sabar tau.. Hahahahha

So insyaallah ptg kang pas keje, kami akan ke sana..
Barang2 semua dh ada dlm kete.. Packing pagi td. Hehhehe..


Hati berbunga riangggg

Kla, nk share tu je..
X mampu nk taip panjang2. Hhaahha..

Doakan percutian singkat kami ni bjalan lancar yer..

nota kaki:
- segmen KAD RAYA masih diteruskan memandangkan dah ada penyertaan dpd rakan2 blogger #sayangkorg!!
- slamat bercuti buat semua.. cuti sempena NUZUL QURAN esok, 17 RAMADHAN 1435h

GA: GIVEAWAY WOW HARI RAYA BY SITI YG MENAIP

ASSALAMUALAIKUM..

Dah lama x join mana2 GA.. Hehehhe..
So arini aizu join GA ni..
GIVEAWAY WOW HARI RAYA BY SITI YG MENAIP


Jom ramai2 kite join :)

jOm mAsak: TEPUNG PELITA

ASSALAMUALAIKUM..

16 RAMADHAN 1435h..
Alhamdulillah...

Hmm.. Ketandusan idea nk menghapdet..
So arini kite masuk dapur k..
Dah lama x main masak2.. Hihihi...

Kali ni aizu nk share resepi TEPUNG PELITA tanpa kukus..
Ada org sebut KUIH LIMAS..
Dapat resepi masa meng-gugel aritu.. Tp x ingt page mane.. -_-'
Mintak halal ye tuan punye resepi..

Bagus punye resepi..
Sbb x perlu nk mengukus bagai.. Juz kacau2 je dlm periuk.. Dalam stengah jam gitu dah siap..
Kalo kukus leceh.. Nak kena kuarkan pengukus.. Cek air.. Pastu kena alas penutup la..
So nak jln mudah, kite kacau2 je.. Hehehhe..

Tepung Pelita ngan puasa mmg x blh dipisahkan.. Bg kami la, peminat tegar kuih ni. Hehehe..
Kalo ke bazar, mmg tu yg diangkut.. Sekali beli RM2.. Sbb mmg tu minimumnye :D
Tu pun makan x puas.. Kecik.. Hehehhe..
Tp tahun ni, aizu x pernah lg g bazar ramadhan.. So mmg x jumpe lg la kuih ni...

Cam bese, pakcik gugel menghulurkan bantuan..
So dgn gigihnya aizu men-try ler kat ghumah mak..
2 hari berturut2 kuih ni jd pencuci mulut kami.. Puassss.. 1 umah blh makan.. Jimat!

Cut the story..
Kita masuk dapo k..
Sediakan pen n kertassssss

TEPUNG PELITA tanpa kukus

Tepung pelita

Bahan2:

LAPISAN HIJAU
  • 4 cawan air pandan - blend sendiri
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 1 sk air kapur

LAPISAN PUTIH
  • 3 cawan santan
  • 4 sb tepung beras
  • 1 sk garam
Cara2:
  1. Campurkan semua bahan utk LAPISAN HIJAU..
  2. Masak dlm periuk guna api slow
  3. Kacau2 hingga adunan berkilat (likat)
  4. Masukkan dlm bekas - aizu gune bekas plastik.. Sejukkan sebentar..
  5. Ulang langkah yg sama utk LAPISAN PUTIH
  6. Lapiskan atas LAPISAN HIJAU td
  7. Sejukkan, sedia utk dihidang..
Hanya 7 langkah mudah.. But hasilnya mmg superb!!
Rasanya amat mavelesss!!
Mmg sama ngan rasa yg beli kat bazar tu.. Kejadiannya pun elok je.. Xyah guna pewarna hijau..
Sbb kaler tu terbit dgn sendirinya hasil dpd daun pandan yg di-blend..

Hehhe.. Rs cam masuk bakul angkat sendiri plak..
Tp tak3... xde niat pun.. Sj nk bg ayat best sket supaya korg berani mencuba.. Hihihi..
So ptg ni dah ada ideakan, nak masak apa utk pencuci mulut..
Selamat mencuba!!!


nota kaki:
WORLD CUP dah melabuhkan tirai.. Yaahooo..
TAHNIAH pd GERMAN sbb menang pagi td..
Argentina?? Paham2 sendiri la yek.. Tetibe rs best plak sejak tau Messi sokong Israel.. Hhahahah..

Friday, 11 July 2014

QUNUT NAZILAH buat mereka!

ASSALAMUALAIKUM..

13 RAMADHAN 1435h..

Salam Jumaat buat semua..

Allahurabbi...
Keadaan di SANA semakin huru-hara.. Tangisan anak kecil di sana-sini.. Jumlah kematian kian meningkat dari sehari ke sehari.. Langit biru x lagi kelihatan kerana seringkali dihujani bom dari puak ISRAEL laknatullah...

Saat kita sibuk bersorak & berduka dengan WORLD CUP..
Saudara kita disana sedang bertempik.. berduka.. menangis.. meratap.. terseksa

Saat kita sibuk mengadu LAPAR... HAUS.. X LARAT...
Saudara kita di sana sedang hidup dlm KETAKUTAN.. TERSEKSA..

Saat kita sibuk menikmati juadah berbuka yang berbagai-bagai jenis..
Saudara kita di sana hanya berbuka dgn juadah yg termampu shj.. Hidup sentiasa berjaga-jaga.. Kerana musuh berada di mana-mana..

Saat kita nyenyak tidur diulit mimpi..
Suadara kita di sana tidak mampu melelapkan mata..

Dan saat kita sibuk membuat persiapan menyambut ketibaan SYAWAL..
Saudara kita di sana hanya mampu BERDOA.. Mungkin juga sedang menghitung detik dan waktu..
Masihkah ada lagi hari esok buat mereka??

Pray for GAZA

Wahai saudaraku..
Aku x mampu mengangkat senjata & berjuang utk mempertahankan bumi kalian..
Aku hanya mampu BERDOA dari jauh..
Mohon kpd Maha Pencipta, ALLAH yg maha Esa...
Agar segala yg terjadi cepat berakhir..
Insyaallah berkat doa di bln RAMADHAN yg penuh berkat, doa2 kita dimakbulkan oleh-Nya..


Qunut Nazilah

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang lehar musuh-musuh kami...
Dan kami berlindung dengan-Mudari kejahatan mereka

Ya ALLAH hancurkan kumpulan mereka
Ya ALLAH pecahkan pakatan mereka
Ya ALLAH leburkan pendirian mereka
Ya ALLAH musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka

Ya ALLAH yang maha Pemaksa
Ya ALLAH yang maha Perkasa
Ya ALLAH yang bersifat murka
Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH

Wahai Tuhan yang menurunkan Al Quran,
Yang menggerakkan awan
Yang menewaskan tentera Ahzab
KALAHKAN MEREKA, KALAHKAN MEREKA, KALAHKAN MEREKA
Dan MENANGKANLAH KE ATAS KAMI
Aaamiiinnn... 

I beg you.. Please pray fo GAZA

Bantuan dari segi kewangan boleh disalurkan ke akaun berikut atas nama AMAN PALESTIN BERHAD

Bank ISLAM: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

Thursday, 10 July 2014

Sedekah

ASSALAMUALAIKUM...

12 RAMADHAN 1435h
Cepatnya masa berlalu.. Hampir separuh Ramadhan..
Allahurabbi...

S.E.D.E.K.A.H


“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Mudah disebut & dimengerti..
Tapi amat payah utk dilaksanakan.. Tggu 'terbuka' pintu hati or 'sampai seru' mungkin??
Wallahu'alam...

Kecil or besar sedekah yang kita hulurkan x penting.. Asal dtg dari hati yg ikhlas.. And xde langsung timbul rasa riak & bangga diri dgn pemberian itu.. Istilah tu blh juga disebut HADIAH.. Coz kebiasaannya perkataan SEDEKAH itu khusus utk penerima yg kurang berkemampuan..

Alhamdulillah...
RAMADHAN sering dijadikan 'bulan sedekah'.. Pahala pun berlipat ganda..
Banyak tangan yg menghulur dpd yg menerima.. Golongan2 memerlukan turut merasa keindahan bulan baik ni.. Nak2 raya bakal bertamu :)

Tapi ada gak keadaan menyedihkan berlaku di sekeliling kita..
Bila ada yg 'menghulur' tp hanya kpd org2 tertentu.. Majoriti dpt.. Tp ada juga yg dipinggirkan..
Pokoknya, "perlu ke kita memilih dlm bersedekah?" Amal yg awalnya baik, tp menimbulkan rasa kurang senang *sedih, ralat* pd yg x terima... Sedangkan masing2 berada dlm kelompok tu juga...

Ragam manusia.. Apa yg tersimpan di hati, x siapa tau..
Btw, pesanan ikhlas dr aizu...
Seeloknya lakukanlah perkara2 baik dgn ikhlas.. Rasanya x perlu 'pilih bulu' a.k.a 'pilih kasih'..
BENAR, kita berhak tentukan siapa penerimanya.. Tp dlm masa yg sama, fikirkan pula sipolan yg terpinggir :)
Or lebih mudah, "kunci mulut, awasi pergerakan" saat melakukannya..
Jgn sampai 'kantoi' udah le.. Hehehhe..
Ciannnn kat golongan minoriti tu..
Mungkin mereka x punya 'kelayakan' or lebih tepatnya 'x memenuhi kriteria yg diperlukan'???
Teetttttt...

Sekian je..
Wassalam...


p/s: Tetibe teringat kata2 KIAH PROPA, "Hati2.. Ada yg memerhatiiii.." Hihihi..

Wednesday, 9 July 2014

ww: Kartun RAMADHAN (5-11)

ASSALAMUALAIKUM...

11 RAMADHAN 1435h

Sambungan kartun RAMADHAN DAY :)
5 hingga 11

Beri makanan utk berbuka pd org2 yg berpuasa

 











Tuesday, 8 July 2014

Nak buat KUIH RAYA

ASSALAMUALAIKUM..

10 RAMADHAN 1435h..
Hampir setengah bulan kita berpuasa..
Alhamdulillah...

Citer pasal kuih raya, rasanya tahun ni agak 'membanggakan' coz hingga saat ni, 1 jenis kuih pun kite x beli..
Beli x, oder pun x.. Hebatkan?? Hahahha...
Kalo x ms thn2 lepas ada gak la kuih raya yg ditempah..
Hmm.. Agak kuat la 'iman' kite thn ni bile masuk bab beli kuih raya :P

Azam baru SYAWAL 1435h: NAK BUAT KUIH RAYA sendiri..
Ringkasnya, homemade!!

Alaa..
Buat yg simple2 je.. Cth cam FRAMBOZEN KENARI, JEJARI COKLAT, TART NENAS, ALMOND LONDON dan sebagainya..
Ok2, kite tipuuuu...
Simple mende nk buat bende2 tu smue.. Leceh & susah utk amatur cam kite ni.. Hahahaha..

So yg dh di-shortlist-kan cam bwh ni:

1. Cornflakes madu

- Kuih wajib!! Belum puasa pun dah start beli conflakes.. Persediaan yg amat rapi.. Hewhewhew..

 Cornflakes Madu
pic from Google

2. Crunchy Caramel / Florentine Cookies

- Kuih raye yg sgt mudah cara pembuatannya.. Hanya 4 bahan diperlukan. Tp kos sara hidup yg agak tinggi.. Stok plak cpt je abes.. Krup..krap..krup..krap sambil tgk tv.. Tau2 dah abes je sebekas. Hehehhe..


Crunchy Caramel / Florentine Cookies

3. Semperit susu

- Kuih ni pun agak simple.. Tp baru thn ni nk try buat.. Hanya perlukan 3 bahan utama je.. Suke3 :D

Semperit susu

4. Buah Rotan

- boleh dikategorikan sbg 'kuih raya tradisional'.. Mmg senang nk buat.. Uli & gentel kecik2 & golekkan kat bijan.. Tp nk menghabiskan 1 adunan, sengsara! Hhahah.. Naik mabuk menggentel kck2... Insyaallah nk buat..


Buah Rotan

5. Kuih Siput

- masih lagi kategori 'kuih raya tradisional'.. Pun mudah nk dibuat.. Cume perlukan tahap kesabaran yg 'tinggi' & semestinya timbul rasa 'serik' yg amat mendalam! Hahahah.. Dah 2 ke 3 tahun kite pencen buat kuih ni gara2 encik emak. Disuruhnya buat guna 2kg tepung!! X macam nk muntah hadap sensorang??? Tobat den.. Hahahah


Kuih Siput

Ok, stop!
Dah cukup 5 jenis..
Rasanya ni je kuih raya yg bakal dibuat tahun ni. Insyaallah... Mudah2an ALLAH beri kesempatan, ketabahan & kerajinan. Heheheheh..
Yg lain2??
Nnt kite pk ye :D


Monday, 7 July 2014

Tolong SOPAN sikit

ASSALAMUALAIKUM...

9 RAMADHAN 1435h

mOrning!!
Isnin muncul lagi.. Mood keje?? Toksah tanya.. Heheheh...

Hmm..
Tajuk n3 cam garang je.. Tp sebenarnya x pun.. Baca dgn intonasi selamba ok.. Chillllll...



Puasa baru je seminggu..Tp persiapan raya tu kitorang dh buat sikit2.. Hehehe..
So bg memenuhi masa terluang tu, kami g la kedai jual baju & tudung..
Masa tu lebih kurang pukul 6.20ptg..

Nak dijadikan citer, aizu belek2 tudung yg mmg dh berlonggok kat offer bin..
Adat la tu.. Byk tangankan.. So keadaan tdg kat ctu mmg ada 1,2 lai je kot yg masih berlipat. Yg lain, semua dh bercampur aduk.. Korg blh imagine kan, cmne keadaan dia?? Tipu laaa kalo x tau. Sbb rata2 pembaca blog ni adalah kaum hawa yg sememangnya bpengalaman luas dlm bidang 'mengembur' baju-bajan.. Hahahha..

Tp ms g tu org dh x ramai.. Yela, masing2 dok sibuk cari juadah berbuka kat bazaar dpn kedai tu..
Tetibe pk: "wrong timing ke??"

Yg x best tu, pekerja kat kedai tu.. Maybe mmg tu part dia.. So aktiviti melipat & menyusun tu dia kena buat sendiri la.. Yg kami ni pulak nak memilih..
Kelakuan agak 'kurang sopan' oleh beliau.. Siap tolak2 lg tangan kita yg tengah memilih..
Pastu bile tanya, jwb pun dgn nada yg 'kurang sopan'..
Dia sibuk nak melipat, sambil buat muka pun 'kurang sopan'..
So total dah 3 kali 'kurang sopan' yg beliau buat dlm tempoh 10 minit tu..
Tapi hati ni masih SABAR... Huhuhu..

Kemuncak kesabaran ni rs dh x terbendung bila dgn selamba je budak tu ckp: "Kak, tepi sikit." Dengan nada & muka yg 'kurang sopan' beliau.. Ok, total dah jd 5 kali 'kurang sopan'..
Time ni la mulut kite rs nk berkata-kata...
So kita jawab "Cane gayenye nk pilih dik. Dpd td lagi dok menolak."

Sambil cakap tu kite mmg pandang muke dia la..
Mmg nampak berubah air muka beliau. Dpd 'kurang sopan' menjadi ketengi.. Segan kot...
Terus dia ckp "X pe kak. Jap lagi akak pilih la." Ms ckp tu pandai plak senyum..
Tp dlm hati "Jap lg mendenye.. Ingat aku x nak blk berbuka ke?"

Sorry to say la dik.. Akak bukan nk marah awak.. Sbb akak mmg x suke marah2 pun..
Tp rasa cm panas gak ati ni.. Bukan akak dok mengembur pun.. Juz belek2 je yg mana belum berlipat.. Siap tolong lipatkan lagi, then susun2.. Tau le awak tu penat, seharian bekerja.. Tp cube la buat keje tu dgn ikhlas.. Duit dpt, pahala pun dpt. Customer pun senang ati.. X gitu?? Lgpun akak ni dtg sbg CUSTOMER.. Pernah dgrkan, 'customer oweys rite'.. So x perlu la nk hangin2 x tentu pasal.. Kan ke bagus kalo wajah cantik yg ALLAH berikan tu digunakan dgn baik? Secalit senyuman pun dah cukup...

Hmm...
Mcm2 hal.. Baik kite sbg pembeli or penjual.. Manjang kena je.. Huhuhu..
Ari baik bulan baik ni, sama2 la kite tingkatkan KESABARAN dlm diri..
Penat? Normal la.. Puasa + keje berjam2.. Org lain pun sama je ngan kita.. Cume keje je yg berbeza..
SENYUM la...

Kla, panjang lebar dah rasanya citer pasal 'adik' tu.. Lgpn sia2 je taip panjang2 kat cni.. Sbb dia bkn baca. Hahahha.. Buat penat tgn je menaip & mengarang ayat :P

Moral of da story:
1. Elakkan g kedai time dkt2 nak berbuka.. Walaupun masih berbaki 1jam sbb ms tu mood pekedai agak 'teruk'
2. Nak diri dihormati? So hormat org lain dulu, barulah org akan hormat kite balik. Ye dak??