menu

Thursday 31 January 2013

pEnat but serOnOk :)

ASSALAMUALAIKUM...

mOrning ollsss!!
Smoga hEpy slalu yer, hadapi hari mendatang :)

Rasenye dh lame sgt aizu menyepi..
Last n3 Jumaat lepas kalo x silap..
Menghilang hampir sminggu!!
Huhu..

Actually baru arini aizu masuk keje
Bercuti kat LANGKAWI wit my hubby :)
From 27 - 30 January 2013
Percutian yg sangat2 happening
But agak 'pening' bile duit mencurah2 kua..
Bkn mengalir lagi, tp mencurah2, hokeyy..
Huhu..

Today masuk keje, badan sakit2
Punca??
Naik bOt ms pi ISLAND HOPPING + mengangkut barang yg banyak-x-hengat
Mase bejalan mmg sronotttt jer..
Penat ke hape smue tolak tepi..
Mase menyoping pn same
Kat airport baru la dok pening kepala nk ejas luggage
Huhu...

N3 pasal ni nnt aizu share yer..
Insyaallah..
So juz wait & c jela
Coz x tau bile masenye baru ter'hapdet benda ni
BANDUNG trip aritu pun x setel lg.. Hahahah
Malas tahap cipan betuii..

Kla, till da next n3..
Daaaa....

Friday 25 January 2013

Biodata RASULULLAH s.a.w

ASSALAMUALAIKUM

Salam  Jumaat semua..
Mgkn skrg ni, masih terngiang-ngiang lagi alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yg telinga kite ni kan..
Smoga bibir kite sentiasa dibasahi zikir, selawat & salam ke atas baginda..

Sempena Maulidur Rasul yg disambut semalam, arini aizu nk share sedikit info mengenai Rasulullah s.a.w..
Mgkn boleh dijadikan rujukan @ refresh smula ingatan kite terhadap baginda..

sumber dipetik dr: FB Adam Hawa

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)

3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

p/s: hope pasni lebih ramai yg tau siapa 2 org ibu susuan Rasulullah s.a.w..
Kebetulan mlm td aizu dgr radio, DJ buat kuiz pasal Rasulullah..
Hampir 5 org peserta, baru berjaya memberi jawapan yg betul..
~ Halimatus Sa'adiah & Thuwaibah ~

Smoga biodata mengenai baginda akan tambahkan kecintaan kita terhadap baginda..

Wednesday 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul

ASSALAMUALAIKUM...

Hi kawan2..

Salam Maulidur Rasul 1434h buat semua..

Tingkatkan amalan..
Perbanyakkan selawat..


salam Maulidur Rasul 1434h



selawat

Tuesday 22 January 2013

jOm mAsak: rOti guLung sOsej

ASSALAMUALAIKUM...

Hi olls.. Dah bekfes?? Bekfes penting utk mulakan aktiviti harian.. Barulah bdn cergas, otak cerdas..
So dont skip ya :)

Citer pasal bekfes nih, tetiba rs cm nk share resepi yg tersangatlah mudah.. Actually aizu buat bnde ni on saturday.. Opps, silap.. Malam sabtu sbnrnye..  Kebetulan sabtu tu OT, so angkut ler ke opis..

ROTI GULUNG SOSEJ
sumber: kak yus (opismate)
di-try by: mE!


roti gulung sosej

bAhan2:
  • 1 peket sosej (10 pcs)
  • 10 keping roti - aizu gune gardenia
  • mayonis @ cheese - aizu gune mayo jer
  • 2 biji telur - dipukul
  • 2 keping roti - blend halus, ketepikan

cAra2:
  1. Rebus sosej selama beberapa minit.. Xyah lame sgt pn xpe.. If korg nk goreng pn blh..
  2. Sapukan mayonis kat roti.. Kalo ade cheese, taruk je skli
  3. Gulung sosej dlm roti yg disapu mayo tadi.. Tekan kuat sket di akhir gulungan..
  4. Celupkan roti yg dh siap digulung dgn telur..
  5. Golekkan dngn roti yg dh siap blend..

6.Goreng dgn api sederhana
7. siap!!

Ha, senang jekan??
Benda ni boleh gak di-frozenkan..
Celup telur + golekkan siap2, pastu masukkn lam peti ais..
So sng nnt.. Goreng jer...

Sgt sesuai mkn ms bekfes or mnm petang..

auto-publish

Monday 21 January 2013

Nangis masa tido

ASSALAMUALAIKUM..

Morning ollss...
Lame gile rs x update..
Kemalasan melanda + ketandusan idea.. Huhu..

Nangis masa tido..
Kejadian ni berlaku pagi td, aftr sekian lame x terjadi..

tp idak le sampai mencurah2 air mate.. huhu

Ish, xyah la dok gelak..
Korg pn msti pernah rasekan??
Ngaku jela.. Hehehhe...

Sedih gile kot, mmpi tuh..
Encik sOmi sakit + ada aweks laen..
Teetttt...
Mintak dijauhkan la bnde2 gitu dpd kami
X sanggup rasenye nk alami..
Nauzubillah...

Rasenye xperlu la kot, nk citer lebih lanjut..
Tp mmg TERsangatlah sedih mmpi tu..
Nangis dpd dlm mimpi, sampai terjaga..
Nak tgk jam, rs cm xbrani..
Sbb org kate kalo sblm subuh, leh jd kenyataan
Opps.. betul ke?? Huhu...

Dlm keadaan tersedu-sedu tu, aizu trus celik mate..
Pastu tarik en sOmi yg ngah nyenyak tido.. Pakse peluk kite.. Hehhehe
Pastu trus tanya "abg xde org lainkan??"
Hahaha.. soalan pelik yg diajukan ms sedap tido!!
Naseb baek la jawapan yg diberikan +ve (w/pn dlm keadaan mamai)
Syukur...
Mampu melegakan ati ni...

Pg td beliau tanya, mmpi ape sampai nangis..
Tetibe rs segan la plak kat beliau..
Hhahahah...
Cam bdk kck, tdo blh ngigau :p

Hopefully mimpi tu x jd kenyataan.. Smoga kami dihindarkan dpd penyakit merbahaya & kekal bhgia slamanya, tanpa campur tangan org ke-3.. Aminnn...

Thursday 17 January 2013

Mabuk (*-*)

ASSALAMUALAIKUM...

MoRning ollsss...

Adoiii...
M.A.B.U.K melanda diri ini..

Tp bkn mabuk uwek2 tu tau..
Ni mabuk nk berjalan...
Dlm otak ni asyk la pk pasal "jalan, jenjalan, jalan2.."
Hadoi laaa...

Prasaan mabuk nk berjalan tu makin menebal bile tau AA ngah buat promo tiket skrg ni..
Dlm negara, luar negara, smuaaaa ada..
Mkn x kenyang, mandi x basah, tido x lena..
Yaaa, ketiga2 bnde tu x terjadi langsung pd diri ai..
Sj bg gempak ckp cenggitu.. Hahahaha...

Start bjalan last year..
25/09/12 : Langkawi - kursus merangkap sopink!
02/11/12 : Sarawak
24/11/12 : Cameron Highlands
31/12/12 : Bandung

This year lak utk permulaan, 27/01/13 : kami akan ke Langkawi..
Again, tp kali ni bersama suami terchenta..
X saba rase
Mesti best giler!!!
Heheheh..

Then CNY nnt nk blk Kelantan..
So kire jenjalan gak la kan, w/pun balik kg :)

Skrg ni otak ngah ligat bfikir..
Rase nk intai2 kat AA yg ngah wat promo tu
Next trip: VIETNAM???
Hoho.. Xtau la tercapai ke x niat nk ke sane tu
Pitih x dok dah..
Oppsss..
Terkeluar lak bahasa ibunda encik sOmi..
Ekekekeke...

Ok la, sekian je utk kali ni..
Org ngah mabuk, ne leh taip byk2..
Hahahaha...

Daaaa...

*hmm.. bila la agknye nk mabuk uwek2 yer??
#doadanharapanygxputusputus#

Wednesday 16 January 2013

WW: Lawak Selingan :)

ASSALAMUALAIKUM

Realiti kehidupan?
:)

gaji OH gaji


Tp alhamdulillah, td KA umumkan akan ada kenaikan gaji pd thn ni..
Thanx GOD :)

Tuesday 15 January 2013

cuti UMUM 2013

ASSALAMUALAIKUM..

Slamat pagi :)

Hmm..
Hari ni aizu mmg betul2 ketandusan idea nk citer pasal ape..
Nak update pasal Bandung, pic x lengkap..
So terpaksa la tangguh dlu pasal tu..

Pk punye pk, muncul la idea nk wat pasal cuti am 2013..
Tu pn sbb penat dok membelek kalendar, ms usha tiket flight.. Hhehehe

Pemilihan date amatlah penting yer kawan2..
Nak2 kalo vacation..
Jimat-cermat!!
Heheheh..


Hmm..
pic agak blur..
so tempah spek rabun anda cepat2!! heheheh

Slamat planning!!

Monday 14 January 2013

AIRASIA promo again!!

ASSALAMUALAIKUM...

Hi olls..

Airasia buat promo lagi.. Start booking 15 January 2013.. Dat means esok!!
Tp aizu xtau la mane destinasi yg terpilih..

free seats

So hurry up!!
Kalo berniat nk fly ke mane2, korg kena ready start jam 12.00 tgh mlm ni..
Insyaallah xkan kecewa kalo nk menempah..

FREE SEATS hokeyyy...

Gud luck!!!

*destinasi impian : vietnam + kota kinabalu :)

p/s: haishhh.. rase cam part time staff lak.. Dok canang sane-sini if AA buat promo tiket.. Hehe..

auto-publish

jOm mAsak _ nAsi ayAm

ASSALAMUALAIKUM...

Hi olls, slamat pagi.. Pagi Isnin yg cerah.. Smoga segala urusan kita dipermudahkan oleh-NYA.. Amin...

Hmm.. Cam ceria je pulak pagi ni.. Reason?? X tau la plak.. No reason kot.. Heheh..

Arini kite masuk class masak2 lagi yer.. Tetibe rajin nk wat n3 pasal ni..
Aizu baru jer try masak on Saturday..
Sementara tunggu encik sOmi balik keje, aizu bertungkus-lumus kat dapur..
Hasilnya, alhamdulillah..
Walaupun tanpa guide dpd encik emak.. Heheheh..

So menu kite arini :

NASI AYAM
prepared by: me!
nasi ayam :)


bAhan2:

utk SUP
  • ayam - aizu gune whole leg + drumsticks
  • 2 ketul kiub ayam
  • 2 inci halia
  • 1 ulas bawang putih
  • garam secukup rasa
  • air
cAra2:
  1. bersihkan ayam, ketepikan
  2. Panaskan air dlm periuk, masukkan bwg putih + kiub ayam + halia + garam
  3. Masukkan ayam
  4. Biarkan sampai ayam masak
  5. Siap!

Utk nasi
  • 1 ulas bawang merah - dihiris
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris
  • sedikit minyak utk menumis
cAra2:
  1. Tumiskan semua bahan..
  2. Tutup api bila dh naik bau
  3. Basuh beras, toskan.. Sukat air menggunakan sup ayam tadi..
  4. Lastly, masukkan bahan2 yg ditumis td
  5. Tunggu sampai nasi masak
  6. Siap!!

Utk ayam
    ayam

  • ayam dlm sup
  • sos tiram
  • kicap cair - aizu guna kicap lemak
cAra2:
  1. Toskan ayam yg dibuat sup td
  2. Perapkan dgn sos tiram + kicap
  3. Bila dh mesra, goreng dgn api yg sederhana
  4. Siap!!

Utk sos
  • 5 biji lada besar (merah)
  • 3 ulas bawang putih
  • sos tomato
  • sos cili
  • sedikit garam
  • gula
  • cuka - aizu x letak
  • air
cAra2:
  1. Blend lada + bawang putih (gunakan air masak)
  2. Dh hancur, masukkan sos tomato + sos cili + garam + gula
  3. Siap!!
Ok, lengkap dah segala bahan2 sampingan utk nasi ayam.. Time-2-eat!!


Slamat mencuba :)

Thursday 10 January 2013

20 mOdel smartphone + rebate rm200

ASSALAMUALAIKUM...

Slamat tengahari kawan2.. Dah mkn?? :)

Arini aizu nk kongsi sedikit info pasal rebate RM200 utk pembelian smartphone..

1st, u olls kne register dlu kat laman web SKMM.. Dah register, print out slip tu, then boleh la guna ms nk bli enset tu..
pakej komunikasi belia

Tp rebate ni cume utk belia berumur 21-30 tahun je tau.. Yg pndtpn < RM3,000..

Stakat ni, ada 7 syarikat yg amek bahagian..
  1. celcom
  2. maxis
  3. u mobile
  4. digi
  5. yes
  6. tune talk
  7. clixster
Model2 smartphone yg terlibat lak cam yg aizu listkan kt bwh ni:
  • Alcatel One Touch Inspire 2
  • The Buzz Phone
  • HTC Wildfire
  • Huawei Ideos X3
  • LG Optimus L3
  • Ninetology Black Pearl II
  • Ninetology Palette
  • Nokia 2730
  • Nokia 7230
  • Nokia Asha 305
  • Nokia Asha 308
  • Nokia C2-03
  • Nokia Lumia 610
  • Samsung Galaxy Chat
  • Samsung Galaxy Mini
  • Samsung Galaxy Pocket
  • Samsung Galaxy Y
  • Sony Xperia Tipo
  • ZTE Acqua
  • ZTE V790
Ok, sekian jer info utk kali ni.. Grab it now kalo u olls berminat.. Peluang dibuka mulai 01 Januari 2013 - 31 Disember 2013.. Tp limit hanya utk 1.5 juta org je kalo x silap..
So,
pat-pat siku lipat.. Sape cpt dia dapat :)

Wednesday 9 January 2013

jOm fLy......wit AIRASIA

ASSALAMUALAIKUM...

Kite WW jela arini yer...


Cam yg PM umumkan aritu..
10,000 free seats..
Semenanjung ke Sabah & Sarawak..

Tp waktunye terhad..
Sape cepat, dia dapat :)

Tuesday 8 January 2013

tak boLeh upLoad pic

ASSALAMUALAIKUM...

Hi kawan2...

Mood utk berblogging kembali SEGAR..
Alhamdulillah, aizu dh leh upload pic..

Actually benda ni terjadi since awl tahun ni.. Dh puas refresh, x gak muncul 'browse' or 'upload pic'..
Lastly aizu jumpe n3 pasal ni kat SINI.. Ramai blogger yg senasib rupenye..
Bile bace tutorial, mmg senang sgt nk buat.. Hihi.. Thanx a lot ya tuan empunya blog :)

Kla, now is my turn.. If kengkawan pn alami benda yg sama, refer tutorial ni yer..


ruangan ni kosong je..

klik HTML


klik 'add another image' if nk upload pic byk2


klik DONE bile windows ni muncul

Siap!!!
X la susah nk buat bnde ni..
Tp agak leceh la compare ngan sbelum2 ni punye step..
Hopefully xde prob muncul lagi pasnih..

Kla kawan2, slamat mencuba!!

auto-publish

BANDUNG - part 1

ASSALAMUALAIKUM...

Tarik nafas..
Hembussssss..
Tarik lagiiii...
Hembus lagiii...

Ok2, gud.. Now aizu nk start citer pasal vacation kami aritu (31/12/2012 - 03/01/2013)..

Flight dr LCCT jam 0700.. Perjalanan amik ms lebih kurang 2 jam..

matahari lom kua lg mase nih..
Oppps, lupe nk bg tau..
Ms lam flight, pramugari akan bg kite form tau, utk diisi. So make sure masing2 bwk pen yer utk memudahkan urusan..
Dokumen ni akan digunakan ms kat imigresen negara dilawati.
1 keratan lagi kite kena simpan, utk bg kat diorg ms nk blk malaysia nnt..
So be careful ya. Simpan benda tu lek lok..
Passport + form imigresen
So dlm pukul 0900 kami dh sampai kat Bandung..
Cam x caye jer.. Hihi..


Hmm.. 4 ur info, waktu kat Indonesia berbeza dgn Malaysia tau..
Diorang lambat 1 jam dpd kita..
So mase kat sane, jam baru je menunjukkan pukul 0800..
Awal lagi, walaupun matahari mencarak..

Sampai je sane, mate ni melingas jer cari my name.. Ala, cam kat citer2 slalu tuu.. Diorg pegang kertas yg tertulis nama kite..

Unfortunately...

Naek juling mate dok melingas. Tp xde pn my name.. Adoiii.. Diorg ni lupe ke nk jemput.. No flight, detail smue dh bgtau ms call otel ari ahad tu.. So kami terpaksa tggu stengah jam kat airport.. Org hotel x sampai2.. Dgn cuaca yg agak terik, airport kck yg sesak, fuhh... Mmg menguji kesabaran.. Nsb baek la smgt nk jln2, shoping2 mmg tebal.. So stakat kne tggu stengah jam, no hal laaaa.. X terkesan pn kat ati ni.. Heheheh..

Lepas satu, satu kenderaan yg lalu.. Kete, van, SUV, MPV, kete yg cam nk roboh pn ade.. Tp x gak sampai org otel tu.. Sabooo jela..

Lastly...
Tadaaaaa...
Not bad la transport yg diorg sediakan utk kami :)

Then kami dibawa ke AMELIA PASTEUR HOTEL.. Dlm 15 mnt je jaraknye dgn airport.. Tgk bangunannya dr luar, mmg gah.. Seriously, aizu mmg berdebar2 nk tgk otel ni.. Tkot lak indah khabar dr rupe.. Kat tenet cantik je tempatnye, slesa..

Actually aizu jumpe hotel ni ms survey hotel via Agoda & Booking.com..
Tp aizu book gune Booking.com je coz rate jauh lenih murah berbanding Agoda..
So hati2 yer ms menempah.. :)

Finally...

Fuhhh.. Lega.. Mmg cantik tempatnye.. Lagi cantik dpd pic2 kat tenet tuh.. Syukurrrr.. Disebabkan mase tu baru je pukul 9.15 waktu indon, kami diberi pilihan.. Whether nk tggu check-in kul 12, or nk check-in awal.. If nk awal, kena byr extra USD 2.. Bincang punye bincang, we olls stuju la tambah duit sket.. Masing2 letih, jln jauh.. Nak2 sbb bgn kul 4.00 am.. Early in da morning, u knOw..



Pas rehat2 lebih kurang, tibalah masa utk jenjalan.. Yahoooo... Tp disebabkan ketiadaan transport utk ke bandar, kami terpaksa naek Teksi.. Then disebabkan kami berlima, makanya terpaksa la amek 2 teksi.. Cam rugi jer rase, ek?? Huhu...

RUMAH MODE..

rumah Mode

Sebutannya ikut ejaan tau.. Bkn ikut sebutan omputih tu.. Jgn salah sebut, teruk kena gelak nnt.. Heheh..
Rumah Mode adalah salah 1 Factory Outlet (FO) yg femes kat Bandung tu.. Terletak kat Jalan Setiabudi.. Tmptnye cantik.. Tp price kat ctu agak mahal.. Kirenye x jauh beza ngn Malaysia ni.. So kat ctu ktorg juz tangkap gambo + makan2 je.. Masih terlalu awal utk berbelanja.. Heheheh.. Survey2 dlu, k...

 Opps, lupe nk cakap.. G sane by taxi.. Rp 21,000.. Ktorg naek teksi bermeter..Gemah Ripah (GR).. Better gune teksi meter, utk elakkan ditipu or di-caj sesuke ati oleh org2 teksi tu..

Byk lg FO yg ada kat area tu.. Tp x la se-femes Rumah Mode tu.. Tgh dok jenjalan, cuci2 mate ni. Tetibe...
Yeayyy.. Es durian.. Angan2 yg dipasang sejak dari Malaysia lagi.. Mau makan ES DURIAN!! 1 cup Rp10,000..
Rasenye mmg sedap! Puas sbb duriannye tersangatlah manis..
Mase tu dah pukul 5.00 ptg..
Kebetulan, ptg tu cuaca x bp nk elok.. Langit gelap, nk ujan sesangat dh rupenye.. So ayah trus decide nk balik otel smula, b4 ujan lebat.. Lgpn kami x biasa lg kat sane.. Tggu teksi x muncul2.. Lastly kami naek ANGKUT.. Kalo kat cni, cam van henti-henti.. Pak cik tu trus charge Rp 60,000 utk kami berlima.. Dikira charter kononnye.. Ceh.. Tp bagus gak.. Merasa la naek ANGKUT tu.. Hheheh..

So berakhirlah sesi jln2 kami on da 1st day.. Mlm tu makan kat bilik je.. Makan bekal yg dibawa dr umah.. Tp aizu & encik sOmi jln kaki g gerai dpn otel.. Jln dlm ujan beb.. Romantik gitew.. Lari2 anak melintas jln, dsebabkn ketiadaan payung.. Cam citer2 tu.. Heheh..

Mkn mlm kami agak special dpd mak, ayh & adik yg mkn kat bilik tu.. YAMIN.. Mmg best.. Ala2 mi kolok.. Makan lak ngan sambal.. Syiokkkk...

Pas mkn, trus balik bilik.. Then call Pak Aceng, supir kat sane... Tp beliau dh ade tamu.. So diserahkan kami kpd Pak Deden.. Slesai dah 1 masalah.. Transport utk esok dah setel.. Weee...

Sekian je utk 1st day.. Korg pn dh nk muntah baca n3 panjang berjela ni,kan.. Kite sambung esok lak yer :)

Thanx 4 reading!

Monday 7 January 2013

jOm mAsak _ DONAT gebu

ASSALAMUALAIKUM...

Monday...
Hmmm.. Kemalasan berda di tahap max.. Huhu...

Nak update pasal trip ke bandung aritu, pic lom ade lg..
So arini citer pasal masak2 jela yer..

DONAT gebu...
Aizu dpt resepi ni dpd blog kak izah..
Mmg lembut je donatnye.. Gebusss..

Meh nk share resepi..
Aizu juz copy + paste jer bnde ni..
tQ kak izah :)


DONUT LEMBUT SALUT COKLAT
by: kak izah
di-try by: aizu

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula

*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.


3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin
 
  1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
  2. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung.
  3. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga licin atau tidak melekat ditangan.
  4. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  5. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
  6. Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  7. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
Sedia dinikmati.

Senang jer, kan. 7 step je.. Xbyk pn..
  
Actually aizu try resepi ni ms blk dr Cameron Highlands aritu. Tp dok pendam jer pic sampai skrg.. Heheh..
Unfortunately...
Aizu xleh nk upload pic laaa..
So x dpt nk tunjuk hasil kerja-tangan ai yg kretip ni.. huhuhu..
Xpe, nnt try upload kat umah.

So, slamat mencuba..


*KENAPA X LEH NAK UPLOAD PIC YER??? DH REFRESH BYK KALI, X GAK BOLEH.. NYAMPAHHHH :(

Friday 4 January 2013

- syukur -

ASSALAMUALAIKUM..

Slamat pagi, slamat tahun baru, salam Jumaat...
Byk lak slamatnye kali ni yer, sbg pembuka bicara.. :)

aL maklum le...
Dis is my 1st n3 for year 2013..
Org laen dh bderet2 post, bcerita itu-ini..
Ketinggalan kete api le gamaknye..
Ekekekek...

Alhamdulillah...
Now aizu dah ade kat Malaysia..
Stelah bercuti slama 4 hari ke Bandung..

S.Y.U.K.U.R
Tu je yg boleh aizu ungkapkan utk post kali ni..

Utk ape??
Coz keadaan negara kite jauh lebih baek dpd negara jiran kite tu..
Bkn nk wat comparison..
Tp mmg tu la kebenarannya..
Kesusahan diorg berlipat-kali ganda berbanding kesusahan kite..

Xpela..
Insyaallah next n3, aizu update pasal trip kami..
Percutian yg best!!!

*tengah berusaha kumpul duit semula aftr berbelanja x-hengat-dunia kat Bandung aritu..Huhu..

Next vacation: LANGKAWI..
Hoho..
*abes lg la duit pasni.. chOc, otel, pinggan-mangkuk, vision..*