ASSALAMUALAIKUM..
Salam Jumaat.. Sedikit perkongsian ilmu yg aizu petik dr wacana muslimah..
Semoga beri panduan kpd kita..
Salman al Farisi r.a. berkata bahawa suatu ketika Fatimah r.a. mengunjungi Rasulullah s.a.w. Ketika ia memandang ayahnya, tiba-tiba ia menangis.
Rasulullah s.a.w. bertanya, "Apa yang menimpamu wahai puteriku?"
Fatimah r.a. menjawab, "Ya Rasul, semalam aku dan suamiku (Ali r.a.) bercanda hingga menimbulkan ucapan yang mengakibatkan ia memarahiku. Aku sangat menyesal dan sedih. Aku berkata "wahai kekasih dan sayangku, maafkanlah kesalahanku padamu". Hal itu kulakukan sambil mengelilinginya sebanyak 70 kali, hingga akhirnya dia memaafkan dan tersenyum kepadaku. Namun aku masih tetap takut kepada Allah".
Nabi s.a.w. bersabda, "Wahai puteriku, demi Allah yang telah mengutusku dengan hak, seandainya engkau meninggal dunia sebelum suamimu memaafkanmu, maka aku tidak akan mensolatkan jenazahmu. Wahai puteriku, keredhaan suami adalah keredhaan Allah dan kemarahannya adalah kemarahan Allah. Walaupun seorang isteri tekun beribadah seperti Maryam binti Imran, tetapi jika suaminya tidak redha kepadanya, maka Allah tidak akan menerima amal ibadahnya. Amal ibadah yang terbaik bagi seorang isteri adalah kesetiaan kepada suami dan bercumbu rayu dengannya."
sumber : wacana muslimah
Peringatan untuk kita isteri2...Perkongsian yang membuahkan manfaat..syukran..
ReplyDeletetul tu kak.. kadang2 byk bnde yg kite 'terlepas' pandang..
Deletesmoga kite sentiasa berada dlm rahmat-NYA.. amin..