menu

Friday 26 July 2013

NUZUL QURAN

ASSALAMUALAIKUM..

17 Ramadhan 1434h

Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada 17 Ramadhan yg jatuh pada hari Jumaat (tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad s.a.w)..




Perkataan 'nuzul' membawa maksud turun atau berpindah dari atas ke bawah. Jd kebanyakan org kita akan menyebut 17 Ramadhan sbg 'hari Al Quran diturunkan' oleh Allah..

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(al-‘alaq:1-5)

Alhamdulillah.. Pada tahun ni, kita menyambut HARI NUZUL QURAN pada tarikh & hari yg sama..

Kenali serba sedikit tentang kitab suci AL QURAN:
  • merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w
  • kitab lengkap yg merangkumi semua aspek kehidupan (dunia & akhirat)
  • mempunyai 30 juzuk
  • 114 surah
  • surah yg tiada Bismillahirrahmanirrahim : Surah At taubah
  • disebabkan Surah At Taubah tiada Bismillahirrahmanirrahim , maka cuma ada 113. Tapi dalam surah An Naml, terdapat Bismillahirrahmanirrahim pada ayat ke 30. Ini menjadikan 114 Bismillahirrahmanirrahim



  • jumlah ayat: 6236 / 6666 (ada percanggahan pendapat)
  • surah yg tiada huruf mim: Al Kauthar
Perbanyakkan membaca Al Quran.. Lebih bagus beserta maknanya sekali :)

Salam Ramadhan!!

5 comments:

  1. Insya-Allah semua kita berlumba-lumba utk lebih menghayati di bulan mulia ini. Ganjaranyg berganda-ganda.

    Kitab yg jadi pedoman kita semua.

    ReplyDelete
  2. salam nuzul al-quran
    salam jumaat
    singgah pagi

    ReplyDelete
  3. in shaa Allah.smuge kte dpt hayati terjemahannya jugak

    ReplyDelete
  4. Salam Nuzul Quran Aizu..
    InsyaAllah msh belajar ttg Al-Quran.. menambah ilmu...:)

    ReplyDelete

tQ ya.. laen kali kOmen lagi :)