menu

Friday 6 September 2013

SYAWAL sudah berlalu.. PUASA 6??

ASSALAMUALAIKUM...

30 Syawal 1434h

Salam lebaran..
Rasanya x salah nak ucap cmtu, rite? Coz arini kita still lg dlm bln Syawal.. Last day :)
Cepat je masa berlalu...

Kali ni aizu nk share sket pasal PUASA 6..
Korg dh berjaya ke??
Sape yg dh berjaya, sila angkat mouse.. Hihihi...

Besar ganjarannya kalo kita tunaikan PUASA 6 ni..

"Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh."
Riwayat Muslim

 

Alhamdulillah.. Tahun ni sekali lagi aizu & suami dpt lakukan ibadat tu..
Walaupun beliau abes dulu.. Hehhehe...

Kemusykilan yg seringkali kedengaran setiap kali bln Syawal:
  1. Boleh ke Puasa 6 dulu sebelum Qada' puasa Ramadhan?
  2. Boleh ke gabungkan puasa 6 dgn qada' puasa?

    Kadang2 kemusykilan tu la yg jadikan kita was2.. Bila dah was2, terus la malas2.. Huhuhu..
Kat bwh ni aizu copy+paste jawapan2 yg berkenaan.. Smoga info yg berguna ni membantu..

Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.

Boleh ke Puasa 6 dulu sebelum Qada' puasa Ramadhan?
Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anhapernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]
Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.
Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (‘ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].
Menggabungkan puasa qada' dan puasa enam
 Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.
 Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat:  Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]
Sumber dari SINI
Aizu pun buat puasa 6 dulu..Qada' puasa insyaallah b4 bertemu Ramadhan berikutnya..Mula2 mmg ragu2.. Tp secara kebetulan, aizu tgk rancangan apa ntah, tv1..Ustaz tu dok bincang pasal topik ni.. Then dia kata boleh puasa 6 dulu, baru Qada' berikutan beberapa pandangan ulamak..
Alhamdulillah..Aizu berjaya habiskan puasa 6 on 27 Syawal 1434h....Hari2 terakhir.. Hihihi..

4 comments:

  1. owh ok..time ksih share...mmg konpius pun psl ni

    ReplyDelete
  2. TQ sharing Aizu...
    akak sempat 4 jer dah "P" dtg..huhu
    InsyaAllah akan teruskan dgn sunat Isnin-Khamis lepas ni:)

    ReplyDelete
  3. xbejaya pn nak puasa 6 tahun ni..huuu rugi sangat

    ReplyDelete

tQ ya.. laen kali kOmen lagi :)