menu

Friday, 24 January 2014

Doakan mr sOulmate saya

ASSALAMUALAIKUM...

Salam jumaat...

Jap lagi kira2 pukul 9.40 pagi mr sOulmate nk interview..
Resume and document2 yg berkaitan semua dh prepare..
Persiapan dari segi pengetahuan asas & yg related ngan keje pun dh dibuat serba sedikit...

So aizu nk mintak tlg kawan2 doakan my mr sOulmate berjaya dalam interview kali ni..
bOlehkan??

" Ya ALLAH ya tuhanku...
Permudahkanlah segala urusan suamiku, SAIPUL AZROL BIN MUHAMAD..
Lancarkanlah lisannya ketika menjawab segala soalan yg diajukan..
Perhebatkanlah keyakinan dirinya
Dan berilah kejayaan kepadanya..
Amin ya rabbal alamin..."





Doakan ye...
tQ :))

Monday, 13 January 2014

jOm mAsak - Ikan dOri bercili

ASSALAMUALAIKUM...

Salam sejahtera buat semua..
Bagi umat Islam, aizu ucapkan SALAM MAULIDURRASUL, yg bakal tiba esok..
Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ye..
Tanda ingatan buat baginda Rasulullah yg besar sumbangannya dlm menyebarkan agama Islam..
Syafaat baginda amat2 kita perlukan di akhirat kelak :)

Berbalik pd tajuk..
JOM MASAK...
Rasanya dh berkurun kot, aizu x share pe2 resepi kat cni..
X share x bermakna dapur kat umah tu x berasap yer kawan2.. Salah tu.. Hehehhe..
Aktiviti kat dapur still lagi bjalan cam biasa.. Tinggal lagi malas nk menghapdet je..
Lgpn balik2 masak bende yg same je.. Huhuhu..

Lets CUT the story..
Jom tgk resepi :)

IKAN DORI BERCILI
nama pun main hentam je.. hahaha



Ikan Dori Bercili Ala Hotel



Bahan A
  • 2 slice ikan dori - aizu beli kat Aeon Big, 1kg RM4.90
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu tepung beras
  • sedikit perahan lemon - hilangkan bau ikan


    Step-by-step (BAHAN A)
    1. Bersihkan ikan dori, potong dadu atau ikut kesesuaian. Gaulkan isi ikan dgn serbuk kunyit + garam + perahan lemon, ketepikan.
    2. Ambil bekas lain, campurkan ketiga2 tepung.
    3. Panaskan minyak, celup isi ikan ke dalam campuran tepung. Goreng hingga kekuningan, toskan.

      *kat bwh ni aizu attach rupa asal ikan & yg siap digoreng*


Bahan B
  • Cili giling
  • Bawang putih - cincang halus
  • Bawang merah
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • Halia  - dihiris
  • Garam
  • Perahan lemon

Step-by-step (BAHAN B)
  1. Kurangkan minyak menggoreng tadi. Tumis bawang putih + hirisan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan cili giling, garam, dan 3 jenis sos.
  3. Campurkan perahan lemon
  4. Lastly, masukkan bawang merah yg dihiris.
  5. Boleh juga tambahkan air jika kuah terlalu pekat
  6. Siap!!


    Alhamdulillah, menjadikkk.. Walaupun 1st time wat.. Hehhehe...

Wednesday, 8 January 2014

ww: Budak & Bangku

ASSALAMUALAIKUM...

Good mOrning!!


*padan la byk kes budak tersepit bangku skrg ni.. Hihihi..

Monday, 6 January 2014

Roasters Eating Day

ASSALAMUALAIKUM...

Hi ollsss..
Morning!!!

Gud news 4 ollsss...

ROASTERS EATING DAY (RED day) is back!!
Buy 1 Free 1 RED hot Meals
8 JANUARY 2013 - Wednesday
Start 10.00 am



Insyaallah kalo ada kesempatan + kelapangan, blh le ber-KENNY ROGERS next week.. Yummyyy :D

Jom3...
Ajak kawan2 & family makan skali..
Dine-in only tau..
No tapau2, no phone-order..

Happy makan!!

Friday, 3 January 2014

Kisah NABI LUTH & NABI MUSA

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ke 3 di tahun baru..
Happy New Year!!
Meskipun lewat, tp still baru lg kan??
Hehehehe..

Mlm td aizu tgk rancangan Mimbar Pencetus Ummah..
Dah nak final dh pun..
Mmg menarik.. Suke tgk cara penyampaian mereka.. Tp x tgk dr awal.. Bukak je dh sparuh..
Huhuhu..

Mggu ni tajuk: SIRAH NABAWIYAH..
Secara x langsung, dpt 'refresh' semula kisah2 nabi yg slalu kite dgr since kecik2 dulu..
Alhamdulillah..



Kisah Nabi Luth - Masyarakat yg menjalin hubungan sejenis. Allah menurunkan hujan batu sebagai balasan terhadap perbuatan mereka.

Allah SWT berfirman:

"Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu)."
 
"Maka tidak lain jawapan kaumnya melainkan mengatakan: 'Usirlah Luth beserta keluarganya dari negerimu; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang (mendakwahkan dirinya) bersih.' 


Kisah Nabi Musa - dengan tongkat

Ringkasan:

Nabi Musa berdepan dgn sekumpulan ahli sihir. Ahli2 sihir itu melemparkan tali, yg kemudiannya bertukar menjadi ular. Dgn kuasa ALLAH, tongkat Nabi Musa bertukar menjadi seekor ular yg sangat besar, lalu memakan semua ular2 yg dibuat oleh ahli sihir.

Firman Allah bermaksud:

“Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, pasti ia akan menelan apa yang mereka buat. Sesungguhnya apa yang mereka buat itu hanya tipu daya tukang sihir dan tidak akan menang tukang sihir itu dari mana saja ia datang.”

Sebahagian daripada kalangan pengikut Firaun, termasuk isterinya mengikuti ajaran yang dibawa Musa. Melihatkan ahli sihir dan sebahagian pengikutnya beriman dengan ajaran Nabi Musa, Firaun marah, lalu menghukum golongan berkenaan. Manakala isterinya sendiri diseksa hingga meninggal dunia.  

Hebatnya mukjizat yg ALLAH kurniakan kepada para nabi.. Allahuakbar..

Dua kisah ni je yg sempat kite tgk..
Tp sgt2 menarik utk dikongsi..