menu

Thursday 22 May 2014

Baking: CHEESECAKE SLICE

ASSALAMUALAIKUM...

Slamat tengahari :)

Last 2 days aizu 'mem-baking'..
Alhamdulillah.. Setelah sekian lama tertangguh, akhirnya berjaya gak dibuat..
Xyah byk citer.. Jom baking!!!

CHEESECAKE SLICE
resepi asal: jintanmanis
sumber: open minda
di-try oleh: aizu


Cheese slice Cake

Bahan2:
  • 4 keping cheese slice
  • 4 biji telur (saiz m) - asingkan putih & kuning
  • 200 ml susu segar - aizu guna susu full cream
  • 70 gram butter
  • 70 gram tepung gandum - ayak
  • 70 gram gula
  • 1 sk esen vanila
Step-by-step:
  1. Carik-carikkan cheese slice.. Campurkan susu dan panaskan dlm periuk
  2. Masukkan butter, kacau.. Tutup api bila bahan2 dah cair. Ketepikan
  3. Dlm bekas lain: Pukul putih telur + gula utk buat meringue (bertanduk & adunan x tumpah jika diterbalikkan). Ketepikan
  4. Ambil bekas lain: Pukul telur kuning hingga kembang. Then masukkan adunan cheese tadi.
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
  6. Curahkan meringue dlm adunan. Masukkan esen vanilla. Gaul guna teknik 'kaup balik'.
  7. Griskan loyang dgn butter & alaskan kertas. Balut bahagian luar loyang menggunakan aluminium foil. Then curahkan adunan tadi.
  8. Bakar suhu 170'c (20 minit) & turunkan suhu kpd 140'c (40 minit). Gunakan teknik 'bain-marie'
  9. Biarkan kek dlm oven buat seketika. Then biar sejuk, baru dipotong.
  10. Siap!!
Btw, kek ni mmg SEDAP!!! Tekstur dia lembut je. Ala-ala cheesecake JUSCO tu.. Manis pun so-so je.. Menepati citarasa kami.. Mr sOulmate puji berkali-kali.. Ibaratkan stiap kali gigit, stiap kali tu la dia memuji. Tindakan yg membuatkan bini beliau kembang. Hahahahah... Tp rasanya kalo buat lg, aizu nk tambahkn sket kemanisan dia. Hihi..

Kla, tamat dah class mem-baking..

Slamat mencuba!!!

2 comments:

  1. Rajinnye..kite penah try tp xjadik..hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat Aizu...
    wahh menjadi gak kek tu... sedappp je tgk.. nak sikittt... :)

    ReplyDelete

tQ ya.. laen kali kOmen lagi :)