menu

Thursday 3 July 2014

Bantuan Khas Kewangan 2014

ASSALAMUALAIKUM...

5 RAMADHAN 1435h

Alhamdulillah.. Semalam PM dah umumkan BANTUAN KHAS KEWANGAN sempena Aidilfitri..
Berita yg semestinya ditunggu2 oleh penjawat awam.. Hihihi...

Sorang rm500.. Fair & square.. :D





Berikut berita penuh..
sumber: BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR: Penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54 akan menerima Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Seramai 684,000 pesara kerajaan juga akan menerima bantuan khas sama bernilai RM250 sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.
Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada 15 Julai ini.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi satu kenyataan petang ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara itu membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

"Kerajaan berharap dengan bauaran Bantuan Khas Kewangan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran," katanya.
 
Ngam2 pulak la jatuh hari cuti, NUZUL QURAN (15 Julai 2014).. So blh gunakan kesempatan tu utk shoping raya.. Hihihi..
 
TAHNIAH gak pd penjawat awam yg bkerja di SELANGOR.. BONUS SEBULAN GAJI TUUUU... huhuhu.. 

2 comments:

  1. Assalammualaikum...aizu,

    tahniah yer .. kepada kakitangan yang dapat bantuan khas kewangan..

    mselim3

    ReplyDelete

tQ ya.. laen kali kOmen lagi :)