menu

Showing posts with label mh370. Show all posts
Showing posts with label mh370. Show all posts

Tuesday, 25 March 2014

MH370 - berakhir di LAUTAN HINDI

ASSALAMUALAIKUM..

Sana-sini heboh cerita pasal 'kehilangan' pesawat MH370..
Alhamdulillah... Ramai yg amik berat tentang perkara ni.. Walaupun berlainan agama, bangsa & negara..
And yg pasti, alhamdulillah.. Seluruh dunia x putus2 mendoakan kesejahteraan penumpang & anak kapal..



Setelah 17 hari misi mencari & mengesan pesawat MH370, akhirnya malam td Datuk Seri Najib mengumumkan berita yg mampu 'meragut' harapan kita yg sebelum ni ada sinar 'harapan'..

Berikut merupakan keratan akhbar on9 yg aizu amik dpd harian metro..

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memaklumkan butiran lanjut.
Sementara itu kami ingin memaklumkan anda mengenai perlembangan terbaharu ini dalam kadar segera.

Kami berkongsi maklumat ini atas dasar komitmen kami terhadap keterbukaan dan perasaan hormat kepada seluruh keluarga, dua prinsip yang menjadi panduan penyiasatan ini.

Malaysia Airlines sudah pun memaklumkan kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka perkembangan ini.

Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan, saya sedar bahawa berita ini akan lebih sukar lagi. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang menghadapi situasi getir ini.”
  sumber: harian metro

Buat ahli keluarga penumpang & anak kapal, BERTABAHLAH!!
Berdoa & terus berdoa..
Satu2nya senjata yg kita ada & sesungguhnya ALLAH MAHA MENDENGAR..
Merintihlah sepenuh hati.. Berdoalah sepenuh jiwa..
In sya ALLAH... Segala persoalan akan terjawab.. Segala masalah akan terungkai..

Harapan aizu utk penemuan MH370 xkan pernah pudar..
In sya ALLAH ada sinar di penghujungnya nanti..
Sama ada pesawat, penumpang mahupun anak kapal SELAMAT @ tidak akan diketahui juga..
And 1 more thing: PM hanya umumkan kedudukan terakhir di Lautan Hindi.. Stakat ni beliau x umumkan lagi sama ada pesawat MH370 'crash' secara rasmi.. Mungkin masih ada harapan, or mungkin gak dgn bahasa yg 'berlapik' utk x mengguris hati & perasaan mana2 pihak.. Wallahu 'alam..


Ya ALLAH Ya Tuhanku..
Kepadamu kami berserah,
Kembalikanlah mereka dengan apa cara sekali pun yg Engkau kehendaki
Jika di langit... maka turunkanlah,
Jika di laut... maka timbulkanlah,
Jika di darat... maka tunjukkanlah
Aamiinn...

#prayforMH370

 *nantikan press conference yg akan dibuat pada hari ini.. Debaran & kepiluan makin terasa :'(

Monday, 10 March 2014

PRAY for MH370

ASSALAMUALAIKUM

mOnday again..

Still in a not-so-good mood..
Risau... Sedih... And still waiting.. waiting & waiting..
Smoga segalanya cepat berakhir..



Pray, pray & pray...
Doa & harapan yang x putus2 dari seluruh pelosok dunia buat kesemua anak kapal & penumpang pesawat MH370..



Hmm...
Kehilangan yg masih lagi menjadi tanda tanya kpd semua..
Pelbagai spekulasi & genre cerita diutarakan oleh individu yg tersebar di laman2 sosial..
Ada yg positif, & ada gak yg terrrsangatlah negatif.. Hingga ada yg mempersendakan apa yg berlaku..
Kadangkala kesal gak rasa jat ati ni bila ada insan2 yg berperangai camtu...





Apa pun yg terjadi, doa kami akan tetap berterusan buat mereka yg terlibat.. In sya Allah...
Smoga ada perkhabaran gembira buat kita semua..
Aaamiinn ya rabbal alamin..




 * DOA adalah senjata utama org ISLAM.. Sama-samalah kita 'menghulurkan bantuan' walau hanya dgn menadah tangan, berdoa pd yg maha kuasa.. Segala kemodenan xkan bererti andai tiada bantuan & izin dpd ALLAH YANG MAHA KUASA..

Kun fa ya kun...