ASSALAMUALAIKUM...
15 Syawal 1434h
Salam takziah buat keluarga mangsa yg terkorban dlm kejadian kemalangan ptg semalam..
"Dari-Nya kita datang, dan kepada-Nya kita kembali.."
Smlm kita dikejutkan dgn berita tragedi bas masuk gaung di Km3.5 Jalan Genting Highlands - Kuala Lumpur.. Berita terkini: seramai 37 org maut, 16 lagi cedera parah dan masih lagi dirawat di HKL, Hospital Sg Buloh & Hospital Bentong.
Penolong Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi), Datuk Soiman Jahid memberitahu, bas itu dipercayai hilang kawalan sewaktu menuruni selekoh berhampiran tokong Cina lalu merempuh penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung.
Terdapat beberapa mangsa yang tercampak keluar dari bas sejauh 200 meter ke dalam gaung ketika bas itu terhumban.
Sebanyak 53 penumpang dipercayai menaiki bas berkenaan. Bagaimanapun setakat ini kita belum mengenal pasti punca sebenar kemalangan berlaku.
Mangsa pertama yang cedera dibawa keluar pada pukul 3.54 petang manakala mayat terakhir dikeluarkan pada pukul 8.01 malam. Kesemua mayat mangsa dihantar ke HKL manakala 16 mangsa yang cedera dihantar ke HKL, Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Bentong," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Identiti kesemua mangsa yang maut belum disahkan namun pecahan mereka ialah seorang lelaki Melayu; 19 lelaki Cina dan sembilan wanita Cina; tiga lelaki India dan seorang wanita India serta keturunan lain tiga lelaki dan seorang wanita.
salam takziah kepada keluarga mangsa
ReplyDeleteTragedi lagi... sedih dan menakutkan. Kesian pada keluarga yg terlibat..
ReplyDeletesedih tau bila dengar berita smlm..Takziah pd semua keluarga yg terlibat...:(
ReplyDeletetakut nye.. bus drivers/company ptt learn a lesson from kes2 cmni. drive kene careful. bukan mane redah jek. tp mmg da ajal kan..
ReplyDelete