ASSALAMUALAIKUM...
Salam jumaat!!
Kasihnya IBU membawa ke syurga
Kasih AYAH berkorban nyawa...
Sebak bila baca bait2 tu.. Mendalam!!
Yg pasti, kedua2 insan tu amat penting dlm kehidupan kita..
Merekalah insan yg melahir, membesar & mendidik kita.. Siapa kita pd hari ini adalah atas jasa & pengorbanan mereka..
Kasih sayang, perhatian & segala tunjuk ajar yg diberikan terlalu byk...
Firman ALLAH:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23)
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (24)
Surah Al Israq: 23 & 24
Sudah terang lagi bersuluh.. Allah perintahkan hamba-Nya utk taat kpd kedua ibu bapa, menjaga mereka apabila tua & tidak mengasari mereka, sekalipun dgn perkataan "HA".. Malah kita juga disuruh mendoakan kesejahteraan kedua-dua mereka...
Betapa tingginya darjat kedua-dua mereka disisi Allah..
Tugas kita sbg anak: mentaati, mengasihi, menjaga & mendoakan mereka bg mengenang kembali pengorbanan & jerih-perih mereka ketika membesarkan kita...
Hargai mereka sementara masih ada & 'hadiahkan' mereka dgn alunan Quran sekiranya sudah tiada..
Org SAYANG mak & ayah..
Sepenuh hati.. :')
singgah jumaat
ReplyDeleteSayang Mak juga....
ReplyDeleteKasihmu tidak ternilai...:)